Tuesday, July 28, 2015

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015


SENARAI PENUH KABINET 28 JULAI 2015

PERDANA MENTERI:
  • Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTER:
  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
MENTERI KEWANGAN:
  • Datuk Seri Najib Razak
MENTERI KEWANGAN II:
  • Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
  • Datuk Chua Tee Yong
  • Datuk Johari Abdul Ghani
MENTERI PERTAHANAN:
  • Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri:
  • Datuk Mohd Johari Baharum
MENTERI DALAM NEGERI:
  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri:
  • Datuk Nur Jazlan Mohamed
  • Masir Anak Kujat
MENTERI LUAR NEGERI:
  • Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menter:
  • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
  • Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2:
  • Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri:
  • Datuk Ahmad Maslan
MENTERI KESIHATAN:
  • Datuk Seri Dr S.Subramanian
Timbalan Menteri:
  • Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
MENTERI PENDIDIKAN:
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri:
  • P.Kamalanathan
  • Chong Sin Woon (Senator)
MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
  • Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri:
  • Datuk Mary Yap Ken Jin
MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
  • Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri:
  • Datuk Mas Ermieyati Samsudin
MENTERI PENGANGKUTAN:
  • Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri:
  • Datuk Abdul Aziz Kaprawi
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
  • Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri:
  • Datuk Noriah Kasnon
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
  • Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri:
  • Datuk Jailani Johari
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
  • Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri:
  • Datuk Seri Dr James Dawos Mamit
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri:
  • Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
  • Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri:
  • Datuk Dr Abu Bakar Diah
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
  • Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri:
  • Datuk Ir Hamim Samuri
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
  • Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
  • Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
MENTERI KERJA RAYA:
  • Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri:
  • Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
  • Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri:
  • Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT:
  • Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri:
  • Datuk Azizah Mohd Dun
  • Senator Datuk Chew Mei Fun
MENTERI SUMBER MANUSIA:
  • Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri:
  • Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
  • Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri:
  • Datuk loga Bala Mohan
MENTERI BELIA DAN SUKAN:
  • Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri:
  • Datuk M Saravanan
MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI:
  • Datuk Seri Azalina Othman Said
  • Nancy Shukri
  • Senator Datuk Seri Wahid Omar
  • Datuk Wee Ka Siong
  • Datuk Seri Jamil Khir Baharom
  • Senator Datuk Seri Idris Jala
  • Tan Sri Joseph Kurup
  • Datuk Joseph Entulu Belaun
  • Datuk Seri Shahidan Kassim
  • Senator Paul Low Seng Kuan
  • Datuk Mah Siew Keong
Timbalan Menteri:
  • Datuk Razali Ibrahim
  • Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Monday, July 27, 2015

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015

Semua Pengetua & Guru Besar

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Surat Siaran Bilangan 8 Tahun 2015 telah bersetuju untuk memberikan Cuti Berganti Hari Raya Aidilfitri pada 15 Julai 2015 (Rabu).  Sehubungan dengan itu Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah membuat ketetapan bahawa cuti tersebut (15 Julai 2015) hendaklah diganti pada 10 Oktober 2015 (Sabtu).

3. Kelulusan ini hanya diberikan kepada sekolah-sekolah yang memohon sahaja.

4. Pihak tuan dipohon untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di daerah masing-masing.  Sebarang pertanyaan berhubung perkata ini, sila hubungi Encik Ibarahim Bin Zainal, Pengelola Cemerlang Unit Perhubungan Dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

5. Kerjasama tuan dalam hal ini amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Unit Perhubungan Dan Pendaftaran
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Tuesday, July 21, 2015

LAPORAN KEROSAKAN 1BESTARINET

Seperti sedia maklum, semua kerosakan berkaitan 1BestariNet yang meliputi CPE-Zoom, Dongle dan VLE-Frog perlu dilaporkan dengan kadar ke Helpdesk 1Bestarinet di talian :

018-799 8787 @ melalui email moesupport@ytlcomms.my

Friday, July 17, 2015

LAWATAN KERJA PPD KINTA SELATAN KE CM YUSUF

Perkara : Lawatan Kerja PPD Kinta Selatan di bawah Program Transformasi Kecemerlangan
Masa : 9.00 - 12.30 tengah hari







Monday, July 13, 2015

KEMPEN MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA (NILAM)




Nilam diwujudkan untuk :

  1. Melahirkan pelajar yang mempunyai minat yang tinggi terhadap aktiviti membaca bahan bacaan seperti buku majalah dan surat khabar.
  2. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.
  3. Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya hidup.   
  4. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat untuk para pelajar berhimpun bagi mengisi masa terluang untuk mempertingkatkan pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
  5. Memupuk minat membaca yang tinggi dalam kalangan pelajar SMK Dato' Bendahara CM Yusuf.
  6. Mewujudkan kerjasama dengan Panitia dan Persatuan khususnya panitia-panitia dan persatuan-persatuan bahasa untuk mencapai matlamat program.

SIMULASI (SIMULATOR) SISTEM OPERASI WINDOWS XP

CARA INSTALL WINDOWS XP

Post ini disediakan khas untuk pelajar-pelajar ICT Tingkatan 4.
Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan aplikasi SIMULASI pengisian Windows XP :


Thursday, July 9, 2015

PENGISIAN DATA SSQS

Perkara : Pengisian Data SSQS
Tarikh : 10 Julai 2015
Masa : 7.40 - 9.15 pagi
Tempat : Makmal ICT (A)
Pemudah Cara : 1. En. Md. Nadzri
                         2. Pn. Nurul Azrina
                         3. En. Muhammad Arif Johari







Ehsan Gambar : Puan Nurul Azrina

APA ITU SSQS?

SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Objektif SSQS
Terdapat lima objektif SSQS seperti berikut:
1. Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
2. Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
3. Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
4. Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
5. Memperkasakan (empower) guru dan murid.
Responden
  • 1 orang pentadbir
  • 1 orang koordinator
  • 30 orang guru
  • 30 orang murid
Bagi sekolah SKM (bilangan murid kurang daripada 150 orang)
  • 1 orang pentadbir
  • 1 guru Penyelaras ICT
  • Sekurang-kurangnya 6 orangg guru iaitu seorang satu subjek
  • Sekurang-kurangnya 6 orang murid iaitu seorang satu subjek.

Monday, July 6, 2015

HARI BERTEMU WARIS 2015

Program : Hari Bertemu Waris
Masa : 11.40 pagi - 1.40 tengah hari














Ehsan Gambar : En. Shifu Zamri dan Pn. Hairun Nisa

PANDUAN MENGGUNAKAN SARANA

SARANA SEKOLAH (PENGENALAN)

Pengenalan
Sarana ini disediakan khas untuk pihak sekolah dan dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah (Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli komuniti). Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan pihak yang mempunyai kepentingan dengan sekolah. 

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk pihak sekolah serta rakan kongsinya. Dapatan dari analisis selidik boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana enam elemen yang menyokong pembelajaran dilaksanakan di sekolah. Analisis ini juga memberi ruang untuk pihak sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam menyediakan enam elemen yang menyokong pembelajaran.


Wednesday, July 1, 2015

PANDUAN BERKENAAN RAMBUT DAN PEMAKAIAN STEEL BANGLE (KARA) OLEH MURID-MURID KETURUNAN SIKH

Perhatian kepada semua Pengetua dan Guru Besar
Daerah Kinta Selatan

Tuan/Puan

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 9 TAHUN 2015 PANDUAN BERKENAAN RAMBUT DAN PEMAKAIAN STEEL BANGLE (KARA) OLEH MURID-MURID KETURUNAN SIKH
Merujuk kepada perkara di atas.

2) Mohon pihak Tuan memuat turun Pekeliling Iktisas Bil 9 Tahun 2015 di atas dan mengambil tindakan mengikut pekeliling tersebut.

3) Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.