Wednesday, October 28, 2015

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN MENGHADAPI JEREBU YANG MENGANCAM PERJALANAN PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2015



Semua Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak

Tuan/Puan,

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN MENGHADAPI JEREBU YANG MENGANCAM PERJALANAN PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2015

Dengan hormatnya, merujuk surat siaran Lembaga Peperiksaan KP.LP.006.10.06.1 Jld.19 (104) bertarikh 21 Oktober 2015 berhubung perkara di atas.

2.   Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki mengambil langkah-langkah wajar semasa jerebu melanda bagi menjamin kesihatan dan keselamatan calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di semua sekolah daerah tuan/puan. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan penutup hidung (nasal mask) kepada semua calon peperiksaan dengan kerjasama dan bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing. Sila patuhi Panduan Operasi Topeng - Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil.1/2015 yang dilampirkan.

3.   Pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah hendaklah sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan semasa melalui media massa tentang fenomena jerebu di kawasan dan daerah masing-masing.

4.   Adalah didoakan semoga semua calon peperiksaan SPM di negeri Perak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang selaras dengan slogan "PERAK EXCELLENT"

5.   Bersama-sama ini disertakan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan dan Panduan Operasi Topeng - Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil.1/2015 untuk makluman dan tindakan tuan/puan.

Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

b.p: PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Download this file (Cover OPS Topeng .pdf)Cover OPS Topeng .pdf[ ]420 kB
Download this file (OPS Topeng Pg1.pdf)OPS Topeng Pg1.pdf[ ]586 kB
Download this file (OPS Topeng Pg2.pdf)OPS Topeng Pg2.pdf[ ]653 kB
Download this file (OPS Topeng Pg3.pdf)OPS Topeng Pg3.pdf[ ]648 kB
Download this file (OPS Topeng Pg4.pdf)OPS Topeng Pg4.pdf[ ]670 kB
Download this file (OPS Topeng Pg5.pdf)OPS Topeng Pg5.pdf[ ]204 kB
Download this file (Surat Siaran  JPN Langkah-Langkah Persediaan Menghadapi Jerebu .pdf)Surat Siaran JPN Langkah-Langkah Persediaan Menghadapi Jerebu .pdf[ ]884 kB
Download this file (Surat Siaran Lembaga Peperiksaan PG 1.pdf)Surat Siaran Lembaga Peperiksaan PG 1.pdf[ ]895 kB
Download this file (Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Pg2.pdf)Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Pg2.pdf[ ]484 kB

STATISTIK BILANGAN SEKOLAH, MURID, GURU DAN BUKAN GURU BAGI NEGERI PERAK

Berikut dinyatakan statistik bilangan sekolah, murid gur dan bukan guru bagi negeri Perak berakhir 30 Jun 2015.
Sumber diperoleh dari portal Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.


Friday, October 23, 2015

GOTONG ROYONG MENARIK KELUAR KERETA CIKGU NURUL AZRINA

16 Oktober 2015 (Jumaat, 1.00 tengah hari).
Sebahagian guru-guru, pengawal keselamatan dan pekerja kontrak binaan bertungkus lumus membantu menarik keluar kereta Cikgu Nurul Azrina.
Kejadian tersebut berlaku bilamana tayar kereta Perodua Kelisa tersangkut pada lumpur. Struktur tanah yang lembut dan berlumpur terjadi akibat hujan lebat di sebelah pagi.
Selama 15 minit masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.








Saturday, October 17, 2015

KUTIPAN DERMA PONDOK MAAHAD TAHFIZ AS YUSUFIAH, GELANG MAS, KELANTAN

Satu usaha murni telah berjaya digerakkan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung pihak urusan Pondok Maahad Tahfiz As Yusufiah, Gelang Mas, Kelantan.
Usaha ini diketuai oleh Tuan Syed Mohd Azli Bin Syed Mohamad Kamaruzzaman.
Semoga segalanya dipermudahkan,

"Alhamdulillah....terima kasih kepada semua penderma yang budiman sekalian...sumbangan anda Allah sahaja yang dapat membalasnya....terima kasih kepada guru2 SMK DATO BENDAHARA CM YUSUF, TG TUALANG serta kakitangan, MASJID DAERAH BATU GAJAH, BELIA MASJID DAERAH BATU GAJAH, CIKGU AZRINAR, CIKGU HAIRUNNISA, Sharifah Sabina Smkamarulzaman, Sharifah Suzita, Syarifahasni S. Mohamad Kamaruzaman, serta kepada semua yg telah menderma yang saya tidak dapat menyebut namanya satu persatu....insyaAllah kita boleh menyumbang lagi pada masa akan datang demi agama Islam...". Ujar Cikgu Syed.

Bencana : Kebakaran
Jumlah Kutipan : RM4,255






Ehsan Gambar : Tuan Syed Mohd Azli Bin Syed Mohamad Kamaruzzaman

PROGRAM PECUTAN AKHIR PENDIDIKAN ISLAM (SIRI 2)

Program : Pecutan Akhir Pendidikan Islam (Siri 2)
Tempat : Surau An-Nur, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf
Masa : 8.00 - 11.00 pagi




Ehsan Gambar : Cik Nurhazima Binti Ahamed

PROGRAM PECUTAN AKHIR MATEMATIK TINGKATAN 4

Program : Pecutan Akhir Matematik Tingkatan 4
Tempat : Dewan Seri Tualang, SMK Dato' Bendahara CM Yusuf
Masa : 8.00 - 11 pagi







Ehsan Gambar : Cik Nurhazima Binti Ahamed