Tuesday, January 12, 2016

PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA CIKGU HASRUL

Alhamdulillah, sedikit sumbangan dapat menceriakan perasaan Cikgu Hasrul.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf atas sumbangan yang diberikan.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil guru, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kelab Warga 2016.
Cikgu Hasrul ditimpa kemalangan pada hari Jumaat (8 Januari 2016) sewaktu menunggang motosikal menghala ke pekan Batu Gajah. Motosikal yang ditunggang bertembung dengan van yang ingin membuat U-Turn di Batu 4, Chenderong.
Beliau menerima rawatan di Hospital KPJ, Ipoh.
Diharapkan agar pemberian yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Cikgu Hasrul sekeluarga.

No comments:

Post a Comment