INFO SEKOLAH


1. SEJARAH SEKOLAH     

Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1965 dan dikenali sebagai S.M.R Tanjung Tualang. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Khir Johari (Menteri Pelajaran) pada bulan Mac 1969. Pada akhir tahun 1978, sekolah ini telah ditukar namanya kepada SMK Dato’ Bendahara C.M. Yusuf sempena nama seorang tokoh undang-undang dan tokoh korporat.
   
Pada peringkat awal operasinya, sekolah ini menumpang di SK ST Paul dan SRJK (C) Thung Hon. Hanya pada tahun 1967 iaitu selepas dua tahun beroperasi, sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Bermula dengan dua blok dua tingkat, sebuah kantin, tandas dan sebuah bilik guru sekolah ini terus berkembang seiring dengan pertambahan pelajar serta kehendak semasa. Kini SMK Dato' Bendahara CM Yusuf mempunyai 7 buah bangunan sebuah kantin, sebuah dewan serbaguna, sebuah surau, makmal komputer, makmal sains  sebuah padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan sepak takraw serta gelanggang petanque.

Pada tahun 1965, proses pengajaran dan pembelajaran telah bermula bagi tingkatan satu (aliran Melayu) dan kelas peralihan (aliran Inggeris). Peperiksaan SPM dan MCE yang pertama ialah pada tahun  1976. Sekolah ini telah digredkan ke dalam kategori A luar bandar pada tahun 1980. Sehingga kini sekolah ini mempunyai 72 orang guru yang diketuai oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Razif Bin Ibrahim.

2. MAKLUMAT SEKOLAH 

Nama Sekolah : SMK Dato' Bendahara C.M Yusuf 
Alamat : Jalan Kampar, 31800 Tanjung Tualang, Perak 
Tel / Fax : 05-3609219 Kod Sekolah : AEE 2072 
Gred Sekolah : A Kategori Luar Bandar Sesi Persekolah : 1 Sesi (Pagi) 
Jumlah Murid : 877 orang 
Kaum : Melayu, Cina, Singh, Asli dan India
Guru : 72 orang 
PPD : PPD Kinta Selatan 

3. VISI DAN MISI 

Visi SMK Dato' Bendahara C.M Yusuf ialah SMK Dato Bendahara C.M Yusuf Menjana Komuniti Berilmu Yang Cemerlang Menjelang 2025. Misi sekolah pula ialah berazam memastikan Kurikulum dan Kokurikulum sentiasa cemerlang, sahsiah dan disiplin pelajar yang terpuji, dalam persekitaran yang kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran yang telus serta hubungan komuniti yang erat. 

4. MATLAMAT SEKOLAH 

Pihak sekolah berkeyakinan penuh bahawa dalam usaha mewujudkan suasana persekolahan yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, untuk mempertingkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, satu tahap disiplin sekolah yang tinggi adalah menjadi matlamat yang diutamakan. Untuk mencapai matlamat tersebut, sekolah ini akan menumpukan kepada perkara-perkara di bawah :

  • Menyediakan program kurikulum dan kokurikulum yang komprehensif dan seimbang dengan keperluan  individu dan sekolah. 
  • Mewujudkan masyarakat sekolah yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berhemah tinggi. 
  • Memupuk semangat kemasyarakatan dan cinta akan sekolah. 
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka mencari ilmu  pengetahuan dengan berkesan. 
  • Memupuk hubungan manusia dalam kalangan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar. 
  • Menjadikan sekolah ini sebagai tumpuan dan pusat mendapatkan ilmu bagi masyarakat sekitar. 
  • Berusaha mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan pelajar.
5. LAGU SEKOLAH 

SMDBCMYUSUF Nama sekolah kami 
Putra-putri mematuhi 
Disiplin setiap hari 
Jujur bersih dan ikhlas diri 
Cekal dan tabah hati 
Kami putra-putri akan tetap berbakti 
Kepada bangsa dan pertiwi 
Dengan keazaman ilmu panduan hidup 
Falsafah dan inspirasi diri 
Tetap bersemadi dalam diri kami 
Lambang semangat juang yang tinggi 
Guru-guru yang dikasihi 
Pengetua yang dihormati 
Kami putra-putri sekolah ini 
Akan tetap mematuhi Etika sekolah kami


6. LENCANA SEKOLAH




     6.1  Warna    
            BIRU - Tenang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran
            PUTIH - Bersih dan ikhlas pada diri pelajar yang mahu mendapat ilmu    

     6.2 Cogan Kata    
           ILMU PANDUAN HIDUP - Kehidupan tidak bermakna tanpa ilmu    

     6.3 Obor    
           Melambangkan semangat yang kental    

     6.4 Mesin   
           Melambangkan pentingnya teknologi pendidikan kepada negara yang berteraskan industri    

     6.5 Buku    
           Melambangkan buku adalah asas mendapatkan ilmu

7. LOKASI


8. GAMBAR SEKOLAH





9. MAKLUMAT TAMBAHAN

Tarikh Tubuh                           : 01/11/1965
ID Daftar Premis Aset (DPA) : 1135104MYS.081700.BE0123
Status Bangunan                     : Bangunan sendiri

PBT                                          : MAJLIS DAERAH BATU GAJAH
DUN                                         : MALIM NAWAR
Luas Keseluruhan (Ekar)            : 6.04

Koordinat                                  : X : 101.056871          Y : 4.318878

Email                                        : AEE2072@1bestarinet.yes.my
Website / Blog                          : smkdatobendaharacmyusuf.blogspot.my




2 comments:

  1. Sangat berbeza...era 80an dikelilingi pokok kelapa sawit,tahun 1987 Dewan Sri Tualang baru siap dibina . Sekarang enrolmen pelajar kurang dari 2 ribu...Harap dapat berjumpa dengan guru-guru semua.

    ReplyDelete
  2. Bnyk guru2 lame telah bersara n di tukar sklh..susah nak jmpa guru2 yg dulu mengajar kte dlu...hmm..

    ReplyDelete