Showing posts with label Musibah. Show all posts
Showing posts with label Musibah. Show all posts

Monday, January 23, 2017

BANJIR MENYUKARKAN WARGA CMYUSUF KE SEKOLAH

Lokasi : Kampung Bali, Perak
Tarikh : 24 Januari 2017 (Selasa)
Masa : 5.45 - 7.50 pagi

Guru-guru terpaksa menghadapi detik getir apabila laluan dari Kampung Bali ke Tanjung Tualang ditenggelami air.

Senarai nama guru-guru yang terkandas di laluan Kampung Bali :
1. Cikgu Marziah
2. Cikgu Hadanie
3. Cikgu Nadiah
4. Cikgu Abdullah
5. Cikgu Arif
6. Cikgu Md. Nadzri
7. Cikgu Nurul Azrina
8. Cikgu Rajeswary














Saturday, September 17, 2016

APA ITU VIRUS ZIKA, SIMPTOM DAN RAWATAN

Apa Itu Virus Zika? Ramai yang ingin tahu apa itu Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Antarabangsa juga telah mengeluarkan senarai 12 negara yang disarankan untuk tidak dilawati oleh wanita hamil terutamanya di Caribbean dan Amerika Latin. Nyamuk Aedes penyebab demam denggi adalah punca penyebaran demam Zika.

tanda virus zika

Apa Itu Virus Zika

Virus Zika adalah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947 dan ianya merupakan bukan penyakit baru bagi negara seperti Afrika. Wabak Zika mula merebak secara meluas di Hemisfera Barat sejak bulan Mei 2015 dimana ianya bermula di Brazil. 
 Terdapat kemungkinan atau risiko yang virus Zika ini akan menular ke Malaysia dan orang ramai harus mengambil tindakan sewajarnya dengan membersihkan kawasan rumah dan persekitaran dengan kerap supaya tempat pembiakan nyamuk Aedes dapat dihapuskan.

Info Virus Zika

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai Virus Zika :-
  1. Mula menular di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007
  2. Virus disebarkan oleh Nyamuk Aedes dan bergantung kepada spesis.
  3. Aedes jenis aegypti, paling banyak menyebarkan Zika. Aedes jenis ini ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii.
  4. Antara simptom dijangkiti adalah pening, ruam, demam dan sakit belakang
  5. Dikesan menular di daerah Camacari Brazil pada April 2015
  6. Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan senja. Ia membiak dalam takungan air jernih dan memerlukan masa seminggu untuk menjadi nyamuk dewasa.
kesan virus zika

    Simptom & Tanda-Tanda Demam Zika

    Berikut dikongsikan simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-
    1. Sakit kepala
    2. Ruam pada kulit
    3. Sakit sendi
    4. Mata kemerahan

    Cara Rawatan

    Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.





    gejala dan cara mencegah zika

    Kesan Virus Zika

    kesan Virus Zika

    Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

    Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.

    Status Terkini Virus Zika Di Malaysia

    3 September 2016 : Kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016. Pesakit adalah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah.

    Berita Harian Online melaporkan yang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi bagaimanapun berkata, mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung dan bukan disebabkan kesan virus berkenaan. 

    1 September 2016 : Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura.

    Januari 2016 : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk Aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

    Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk Aedes buat masa ini.

    Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.



    Wednesday, August 24, 2016

    PERSEMBAHAN MULTIMEDIA PROGRAM PATROL DENGGI, 2016

    Perkara : Persembahan Multimedia Program Patrol Denggi, 2016
    Sekolah : SMK Dato' Bendahara CM Yusuf
    Penghargaan kepada : Semua guru yang memberi sokongan moral, tenaga dan teknikal. Terima kasih.

    Hasil usaha : Cikgu Jason Fun aka Mr. Dengue My

    Tuesday, January 12, 2016

    PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA CIKGU HASRUL

    Alhamdulillah, sedikit sumbangan dapat menceriakan perasaan Cikgu Hasrul.
    Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMK Dato' Bendahara CM Yusuf atas sumbangan yang diberikan.
    Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil guru, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kelab Warga 2016.
    Cikgu Hasrul ditimpa kemalangan pada hari Jumaat (8 Januari 2016) sewaktu menunggang motosikal menghala ke pekan Batu Gajah. Motosikal yang ditunggang bertembung dengan van yang ingin membuat U-Turn di Batu 4, Chenderong.
    Beliau menerima rawatan di Hospital KPJ, Ipoh.
    Diharapkan agar pemberian yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Cikgu Hasrul sekeluarga.

    Friday, November 20, 2015

    CIKGU SITI MARIAM DITIMPA KEMALANGAN

    Tarikh : 12 November 2015 (Khamis)
    Tempat : Batu 10, Jalan Tanjong Tualang
    Cedera : Tiada sebarang kecederaan menimpa Cikgu Siti Mariam, sekadar trauma.
    Kenderaan : Dua buah kereta terlibat, iaitu Proton Exora dan Proton Wira Aeroback.
    Punca : Cubaan lori memotong sebuah motor yang menghala ke Batu Gajah menyebabkan kereta Cikgu Siti Mariam hilang kawalan.







     


    ** Gambar-gambar di atas telah mendapat persetujuan terlebih dahulu dari Cikgu Siti Mariam sebelum dimasukkan ke dalam blog rasmi.