Semua Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak
Tuan/Puan,
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN MENGHADAPI JEREBU YANG MENGANCAM PERJALANAN PEPERIKSAAN SPM TAHUN 2015
Dengan hormatnya, merujuk surat siaran Lembaga Peperiksaan KP.LP.006.10.06.1 Jld.19 (104) bertarikh 21 Oktober 2015 berhubung perkara di atas.
2. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki mengambil langkah-langkah wajar semasa jerebu melanda bagi menjamin kesihatan dan keselamatan calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di semua sekolah daerah tuan/puan. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan penutup hidung (nasal mask) kepada semua calon peperiksaan dengan kerjasama dan bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing. Sila patuhi Panduan Operasi Topeng - Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil.1/2015 yang dilampirkan.
3. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah hendaklah sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan semasa melalui media massa tentang fenomena jerebu di kawasan dan daerah masing-masing.
4. Adalah didoakan semoga semua calon peperiksaan SPM di negeri Perak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang selaras dengan slogan "PERAK EXCELLENT"
5. Bersama-sama ini disertakan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan dan Panduan Operasi Topeng - Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bil.1/2015 untuk makluman dan tindakan tuan/puan.
Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
b.p: PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Cover OPS Topeng .pdf[ ]420 kB
OPS Topeng Pg1.pdf[ ]586 kB
OPS Topeng Pg2.pdf[ ]653 kB
OPS Topeng Pg3.pdf[ ]648 kB
OPS Topeng Pg4.pdf[ ]670 kB
OPS Topeng Pg5.pdf[ ]204 kB
Surat Siaran JPN Langkah-Langkah Persediaan Menghadapi Jerebu .pdf[ ]884 kB
Surat Siaran Lembaga Peperiksaan PG 1.pdf[ ]895 kB
Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Pg2.pdf[ ]484 kB
No comments:
Post a Comment